top of page
html.jpg

HTML

HyperText Markup Language

HTML ialah kod yang membantu pengguna lain berkomunikasi dengan pengguna internet lain di World Wide Web (WWW). HTML berada di bawah seliaan World Wide Web Consortium (W3C) . HTML digunakan untuk membina laman sesawang. Ia terdiri daripada beberapa kod mudah yang ditaip di dalam komputer dan disimpan di dalam fail HTML. Ia boleh dibaca menggunakan pelayar web (web browser).Kod arahan HTML boleh ditaip tanpa menggunakan perisian pengaturcaraan yang khusus. Kod arahan HTML boleh ditaip menggunakan aplikasi Notepad. Ia akan disimpan dalam fail ".html" atau ".htm"

MELAKAR PAPAN CERITA

Satu lakaran yang menggambarkan isi kandungan untuk setiap paparan skrin suatu laman sesawang.

  • Memberikan gambaran visual

  • Mebolehkan atur cara lebih teratur

  • Meggambarkan reka bentuk dan reka letak antara muka

  • Menentukan aliran navigasi sesuatu laman sesawang

Screenshot 2020-09-26 231801.png

STRUKTUR PAUTAN DAN LAMAN SESAWANG

  • Struktur Linear - menghubungkan setiap laman dengan dua pilihan pengemudian iaitu ke depan dan ke belakang 

  • Struktur Roda - Berbentuk seperti ruji basikal.Laman utama di pautkan ke laman yang lain tetapi pengunjung perlu kembali ke laman utama untuk ke laman seterusnya.

  • Struktur Hierarki - Model pengemudian ke atas dan ke bawah. Bermula dengan laman utama, pengunjung dapat dipautkan ke laman-laman yang lain.

  • Struktur Cabang - Bersifat dinamik dan pengemudian ke laman lain lebih mudah. Laman utama dipaut ke laman-laman lain melalui sistem menu.

PARAGRAPH DALAM HEADING HTML

Mengarahkan pelayar web sepaya memaparkan teks dengan saiz yang tertentu. Terdapat enam saiz bermula dengan yang terbesar hingga terkecil.

Screenshot 2020-09-26 232844.png

BANNER, FRAME DAN MENU DALAM HTML

Banner

Diletakkan sama ada di bahagian atas,sisi atau bawah laman sesawang.

Screenshot%202020-09-26%20233401_edited.jpg
Screenshot%202020-09-26%20233616_edited.jpg

Frame

Bingkai dalam paparan laman sesawang.

Menu

Pautan pastas ke bahagian-bahagian lain dalam laman sesawang.

Screenshot%202020-09-26%20234023_edited.jpg
259369-coding-technology-css-and-interne

CSS

Cascading Style Sheets

CSS merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan tambahan (extension) bagi HTML. Ia membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu laman web dan menerangkan
persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.

CARA PENULISAN CSS

Computers

Helaian Gaya Luar (External Style Sheets)

Modern Laptop

Helaian Gaya Dalaman (Internal Style Sheets)

Workspace

Gaya Dalam Barisan (Inlined Style)

Tag gaya akan ditulis dan disimpan dalam satu fail dan fail itu mesti mempunyai extension "css". Fail tersebut akan dipanggil daripada tag HTML dengan meggunakan sintaks.

Tag gaya boleh ditulis dalam kawasan <head> atau <body>.Letakkan <style>.

Tag gaya akan ditulis pada bahagian / elemen tag.

PENGGUNAAN CSS UNTUK MENGGAYAKAN

Gaya pada teks: Warna teks,jajaran teks dan bayang teks
Gaya pada fon: Keluarga fon,saiz fon dan stail fon
Gaya pada background: Warna latar belakang dan imej atau gambar sebagai latar belakang
Gaya pada tables: Meletakkan garisan luar atau border,menetapkan kelebaran atau ketinggian suatu table,menetapkan jajaran teks di dalam table,menukarkan warna latar belakang dan warna teks dan menebalkan jarak dia antara medan.
Gaya pada borders
Gaya pada position: Static,fixed,relative dan absolute

Fitur Pengesahan Data 
Fitur Butang Pilihan: Butang radio,butang checkbox
Fitur Kotak Popup: Kotak alert, kotak confirm,kotak prompt

©2020 by ASAS SAINS KOMPUTER SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

bottom of page