top of page
python-programming-syntax-4k-1s-1024x768

PYTHON

Bahasa pengaturcaraan tahap tinggi dan umum. Dicipta oleh Guido van Rossum dan pertama kali dikeluarkan pada tahun 1991. Reka bentuk Python menekankan kebolehbacaan kod dengan penggunaan ruang kosong yang ketara. Pembinaannya bertujuan untuk membantu pengaturcara menulis kod logik yang jelas untuk projek kecil dan besar.

JENIS DATA DALAM SEGMEN KOD

Nombor :

  • Nombor bulat (int) dan nombor perpuluhan (double)

  • Operatoryang berkait : tambah (+),tolak(-),darab (*) dan bahagi (/)

Teks​:

  • Aksara (char) : huruf,digit dan simbol

  • Rentetan (string) :tanda[ ] dan[ : ] ,simnol (+) , simbol (,) dan join ( )

Nilai Logik (Boolean)​:

  • True atau False

PEMBOLEH UBAH DAN PEMALAR

Computers

Pemboleh Ubah

Merupakan storan ingatan komputer yang digunakan dalam atur cara. Ia mewakili satu data yang perlu digunakan berulang kali dalam satu atur cara.Pemboleh ubah yang diisytiharkan diberi nama pengecam dan disertakan nilai.  

Contoh : nama = str ("Daniel")

Nama ialah pengecam, str ialah jenis data yang digunakan dan Daniel ialah nilai yang disimpan sebagai pemboleh ubah.

Ciri-ciri:

  1. Nilai yang boleh berubah-ubah​

  2. Pengaturcara perlu mengingat label dan label yang digunakan

  3. Nilai tidak standard

Modern Laptop

Pemalar

Pemalar bertindak sebagai pemboleh ubah.Ia menyimpan satu nilai dan nilai itu disimpan dalam ingatan komputer. Berbeza dengan pemboleh ubah , nilai pemalar tidak akan berubah semasa perlaksanna atur cara.Kebiasaanya digunakan dalam pengiraan matematik.

Contoh: pi = 3.142

Pi ialah pemalar dan 3.142 ialah nilai pemalar yang tidak akan berubah semasa perlaksanaan atur cara.

Ciri-ciri:

  1. Nilai yang tetap

  2. Pengaturcara tidak perlu mengingat label atau nilai

  3. Nilai yang standard

FUNGSI INPUT DAN FUNSI OUTPUT

Fungsi Input:
Digunakan untuk mendapatkan data input daripada pengguna. Atur cara akan meminta pengguna memasukkan input mengikut kesesuaian atur cara yang telah dibina apabila ia diaktifkan.Papan kekunci memainkan peranan yang penting bagi memastikan data yang dimasukkan seperti yang terkandung dan dipatuhi dalam segmen kod.Sintaks uumum bagai setiap bahasa pengaturcaraan ialah berbeza
Sintaks umum Python: input ( )

Fungsi Output
Ia merujuk kepada maklumat yang dipaparkan di skrin komputer.Ianya ialah hasil daripada input yang telah dimasukkan pengguna.Fungsi output akan diaktifkan oleh sintaks umum mengikut bahasa pengaturcaraan. Monitor merupakan peranti output yang biasa digunakan.
Sintaks umum Python: print ( )

JENIS-JENIS OPERATOR

Operator Perbandingan

== : Jika nilai dua operan adalah sama, keadaan menjadi benar.
!= : Jika nilai dua operan tidak sama, keadaan menjadi benar.
>: Jika operan kiri lebih besar daripada operan kana, keadaan menjadi benar.
<: Jika operan kiri lebih kecil daripada operan kanan , keadaan menjadi benar.
>=: Jika nilai operan kiri lebih besar daripada atau sama dengan operan kanan, keadaan menjadi benar.
<=:Jika nilai operan kiri lebih kecil daripada atau sama dengan operan kanan , keadaan menjadi benar.

Operator_edited.jpg
logikk.png

Operator Logik

And : Keadaan menjadi benar jika kedua-dua operan adalah benar,
Or : Keadaan menjadi benar jika salah satu operan adalah benar.
Not : Menyonsangkan seluruh keadan logik operan.

Operator Tambahan bagi Matematik

And : Keadaan menjadi benar jika kedua-dua operan adalah benar,
Or : Keadaan menjadi benar jika salah satu operan adalah benar.
Not : Menyonsangkan seluruh keadan logik operan.

Screenshot%202020-09-26%20210746_edited.jpg

©2020 by ASAS SAINS KOMPUTER SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

bottom of page