
PELUANG PEKERJAAN
Pekerjaan merupakan sesuatu yang dibuat untuk mendapatkan wang dengan jualan atau perkhidmatan.
Apakah pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang Sains Komputer?
PELUANG PEKERJAAN DALAM SAINS KOMPUTER
Sains Komputer menawarkan pelbagai pekerjaan yang dapat menjana pendapatan buat kita. Murid yang mengambil bidang ini amat beruntung kerana mempunyai peluang pekerjaan yang luas. Pada hari ini, pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan bidang Sains Komputer. Justeru itu, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa bidang Sains Komputer dapat mewujudkan pelbagai pekerjaan pada hari muka.
Jika mendapat keputusan yang cemerlang semasa tempoh pembelajaran, ia amat membantu untuk meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi seseorang itu. Ini kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang rajin,bijaksana dan tidak akan membebankan syarikat. Jika keputusan yang diambil tidak cemerlang, sesebuah syarikat itu perlu mengambil risiko yang tinggi dengan mengambil pekeja tersebut.
Antara pekerjaan dalam bidang Sains Komputer:
-
Guru
-
Pensyarah
-
Jurutera Perisian
-
Pengaturcara
-
Jurureka Web
-
Jurutera Rangkaian
Kesimpulannya, mata pelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer memberi asas yang kukuh untuk menyertai bidang itu di masa hadapan untuk menjana pendapatan.