top of page
Keyboard and Mouse

Kurikulum ASK

Asas Sains Komputer merupakan penambahbaikan kepada Program Information Communication Technology Literacy (ICTL) .Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), mata pelajaran ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan konsep pembinaan teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa hadapan.

 

Kurikulum ASK menengah rendah memberi fokus ke arah menyediakan murid yang berfikiran komputasional. Kerangka kurikulum ASK dibina berasaskan kesepaduan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui empat (4) Bidang Pembelajaran yang digubal iaitu Konsep Asas Pemikiran Komputasional, Perwakilan Data, Algoritma dan Kod Arahan. Bidang Pembelajaran ini menghasilkan murid berfikiran komputasional yang mampu menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem serta memahami tingkah laku manusia yang merupakan prinsip asas sains komputer.Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ASK bertujuan menjadi rujukan utama kepada guru untuk melaksanakan kurikulum ASK di peringkat sekolah.

BUKU TEKS ASAS SAINS KOMPUTER 

TINGKATAN 1,2 DAN 3

1.jpg

Asas Sains Komputer Tingkatan 1

1 (1).jpg

Asas Sains Komputer Tingkatan 2

Buku-Teks-Bahasa-Asas-Sains-Komputer-Tin

Asas Sains Komputer Tingkatan 3

©2020 by ASAS SAINS KOMPUTER SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS)

bottom of page