
SAINS KOMPUTER
Sains Komputer merupakan satu mata pelajaran elektif di dalam kelompok Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) untuk murid tngkatan 4 dan 5. Sains Komputer mempunyai bidang pengetahuan tersendiri iaitu berkaitan penggunaan dan pembuatan komputer. Penubuhan mata pelajaran ini memberi ruang untuk murid membangunkan kemahiran pemikiran komputasional dan pemikiran kritikal dalam keupayaan untuk membentuk,membangun serta mencipta aplikasi atau sistem.
PELUANG MENYAMBUNG KE SK
Di menengah rendah, murid akan belajar mata pelajaran ASK. Seiring dengan namanya, ia mengajar pelbagai asas yang dapat mendorong mereka ke Sains Komputer.Antara yang dipelajari ialah sistem perduaan (binari) , sistem perpuluhan (desimal), sistem perlapanan (oktal) dan sistem perenambelasan (heksadesimal).Selain itu, ia juga mengajar tentang pertukaran nombor, bahasa pengaturcaraan seperti Python, Scratch dan HTML.Namun, di Sains Komputer , murid akan di ajar di tahap yang seterusnya.Antara bab di tingkatan 4 ialah Pengaturcaraan,Pangkalan Data dan Interaksi Manusia dengan Komputer. Manakala di tingkatan 5, murid akan diajar bab Pengkomputeran,Pangkalan Data Lanjutan dan Pengaturcaraan Berasaskan Web.
Kesimpulannya, peluang bagi pelajar ASK untuk berjaya dalam bidang Sains Komputer adalah tinggi. Ini kerana mereka telah mempelajari pelbagai asas yang diperlukan di dalam matapelajaran Sains Komputer.